Rabu, 10 November 2010

cover page

See full size image





FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


HBMT2103

TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO





DISEDIAKAN OLEH :

NOOR`AINI BINTI SALLEH
670113115318002


0199611919


     TUTOR

PN SAMSIAH BINTI HASSAN


PUSAT PEMBEELAJARAN
INSTITIUT  PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
KUALA TERENGGANU


SEMESTER

SEPTEMBER  2010






Soalan



FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBMT 2103: TEACHING MATEMATICS IN YEAR TWO
SEPTEMBER 2010 SEMESTER

ASSIGNMENT QUESTION

Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume of liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE (1) video in the internet that show how volume of liquid are measured. Create TWO (2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO (2) teaching activities; each for high achiever and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and  post the video, teaching aid and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet. For reference you may browse at www.blogger.com on developing your blog. You are only required to submit link to your blog. 






Selasa, 9 November 2010

PENGENALAN

 Isipadu cecair adalah merujuk kepada muatan cecair di dalam sesebuah bekas.Muatan cecair  ini boleh diukur dengan menggunakan  unit yang tidak piawai  (non standard unit) dan unit piawai(standard unit).Menyiasat jumlah cecair yang boleh dituang antara bekas-bekas yang berbeza bentuk dan saiz. Meneroka muatan atau isipadu cecair melibatkan manipulasi bekas-bekas yang berbagai bentuk yang mana boleh dibawa untuk aktiviti di bilik darjah. Isipadu cecair mula diperkenalkan kepada murid sekolah rendah adalah  pada Tahun Dua dalam mata pelajaran Matematik.
Perkembangan konsep bagi isipadu cecair Tahun Dua dapat membantu murid belajar  dan memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna. Perkembangan konsep isipadu cecair merangkumi mengenalpasti kedudukan asal isipadu cecair, membuat perbandingan isipadu cecair, mengenal pasti benda yang boleh digunakan untuk menyukat isipadu (non standard unit) , menperkenalkan dan mengukur isipadu dengan ukuran piawai dalam liter(l)
Tersalah konsep dalam menyukat  dan menentukan isipadu cecair  di kalangan murid-murid merupakan satu fenomena yang perlu di atasi oleh guru matematik agar ia tidak menggangu proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Salah konsep mengenai muatan mungkin timbul di kalangan murid sewaktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya sewaktu membandingkan muatan dua bekas yang mengandungi lebih cecair.  Murid biasanya membuat perbandingan terhadap ketinggian bekas bukannya berapa banyak muatan yang dapat diisinya. Maka untuk mengatasinya, murid-murid perlu diajar mengenai jumlah muatan atau kandungan terlebih dahulu sebelum mengajar perbandiingan.
Video ini menunjukkan bagaimana salah konsep tentang muatan atau kandungan isipadu cecair.


Isnin, 8 November 2010

CARA MENGUKUR ISIPADU CECAIR


Mengukur isipadu cecair dapat dijalankan dengan dua cara:

i)Menggunakan Unit Bukan Piawai

a) Botol minuman


b) Gelas


c) Mangkuk



b) Menggunakan unit piawai

i) Silinder penyukat
    

b) Bikar

     


 Tayangan video di bawah menunjukkan cara menyukat isipadu cecair menggunakan silinder penyukat.

Ahad, 7 November 2010

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar (BBM) adalah satu perkara yang sepatutnya  ada dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran.  Penggunaan bahan bantu mengajar dapat membantu guru menerangkan konsep matematik di
samping itu memudahkan murid memahami konsep dan isi pelajaran yang disampaikan di dalam bilik darjah.
Bagi  Matematik Tahun Dua topik  isipadu cecair merupakan pengenalan kepada  isipadu cecair, maka wajarlah bagi guru menggunakan bahan bantu mengajar supaya salah konsep mengenai isipadu tidak berlaku di kalangan murid-murid.

Bahan Bantu Mengajar 1

Bahan- bahan yang terdapat dipersekitaran
Botol minuman, sudu , baldi,  selinder penyukat

                       

Bahan Bantu  Mengajar 2

Cawan, gelas, mangkuk , jag dan jadual.


                      


 
Bekas
Bilangan cawan air yang diperlukan

     Botol air mineral



Mangkuk

                          Jag air




 

Jumaat, 5 November 2010

AKTIVITI PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 (MURID KUMPULAN TINGGI)  : Permainan sukaneka - Isi air dalam botol

Kemahiran : Mengukur  dan Membandingkan  Isipadu Cecair
Aktiviti1 : Menggunakan unit piawai (standard Unit)
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul.
Bahan bantu Mengajar 1:
Botol minuman,  sudu , sebaldi air, selinder penyukat ( l ), air
Langkah-langkah :
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan di mana  setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid.
2.  Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan isipadu air
3. Beri setiap kumpulan 4 set peralatan iaitu botol minuman,  sudu , sebaldi airdan satu selider  penyukat unit l.
5. Setiap ahli kumpulan mengisi air ke dalam botol menggunakan sudu secara bergilir-gilir dalam masa dua minit seorang.
6. Guru akan meniup wisel setiap dua minit  untuk  pertukaran murid  sehingga semua murid selesai mengisi air ke dalam botol. 
 7. Mereka kemudiannya mengukur isipadu air dari bekas berkenaan dengan selinder.
8. Ahli setiap kumpulan merekodkan keputusan
9. Kumpulan yang mendapat jumlah isipadu yang tertinggi dikira pemenang.
8. Sambil itu guru memperkenalkan kepada murid unit ukuran isipadu cecair , liter ( l )



AKTIVITI 2 : ( MURID KUMPULAN RENDAH )

Kemahiran     :  Mengukur  dan Membandingkan  Isipadu Cecair

Aktiviti          :  Menggunakan unit bukan piawai (non standard unit)

Hasil Pembelajaran   :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair  dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar  2  :
Bekas yang pelbagai bentuk dan saiz, sebaldi air.
Langkah-langkah      :
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan di mana  setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid.
2.  Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan isipadu air
4. Setiap kumpulan akan merekodkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi air dalam setiap bekas dalam borang yang diedarkan.
5.  Murid juga dibimbing membuat anggaran seperti separuh penuh, penuh dan kosong.

Jadual 1:  Mengukur isipadu cecair dengan unit bukan piawai
Bekas
Bilangan cawan air yang diperlukan

     Botol air mineral



Mangkuk



                 Jag air


Gelas


Isnin, 1 November 2010

RUJUKAN

Abdul Razak Othman, Daud Zakaria & Abdullah Md. Isa. (2004). Mathematics Year 2: Activity Book. Arus Intelek Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.
Liew Su Tim & Cham Juat Eng.(2003). Mathematics textbook year 2, part 2. Kuala Lumpur: YPJ Publications & Distributions Sdn Bhd.
Ministry of Education Malaysia(2003). Integrated curiculum for primary schools curriculum specifications mathematics year 2. Kuala Lumpur: Curriculum Developement Centre.
Murugiah S/O Velayutham.,& Kao Thuan Keat (2010). HBMT 2103  Teaching Mathematics in Year Two.Kuala Lumpur:Open University Malaysia.