Selasa, 9 November 2010

PENGENALAN

 Isipadu cecair adalah merujuk kepada muatan cecair di dalam sesebuah bekas.Muatan cecair  ini boleh diukur dengan menggunakan  unit yang tidak piawai  (non standard unit) dan unit piawai(standard unit).Menyiasat jumlah cecair yang boleh dituang antara bekas-bekas yang berbeza bentuk dan saiz. Meneroka muatan atau isipadu cecair melibatkan manipulasi bekas-bekas yang berbagai bentuk yang mana boleh dibawa untuk aktiviti di bilik darjah. Isipadu cecair mula diperkenalkan kepada murid sekolah rendah adalah  pada Tahun Dua dalam mata pelajaran Matematik.
Perkembangan konsep bagi isipadu cecair Tahun Dua dapat membantu murid belajar  dan memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna. Perkembangan konsep isipadu cecair merangkumi mengenalpasti kedudukan asal isipadu cecair, membuat perbandingan isipadu cecair, mengenal pasti benda yang boleh digunakan untuk menyukat isipadu (non standard unit) , menperkenalkan dan mengukur isipadu dengan ukuran piawai dalam liter(l)
Tersalah konsep dalam menyukat  dan menentukan isipadu cecair  di kalangan murid-murid merupakan satu fenomena yang perlu di atasi oleh guru matematik agar ia tidak menggangu proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Salah konsep mengenai muatan mungkin timbul di kalangan murid sewaktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya sewaktu membandingkan muatan dua bekas yang mengandungi lebih cecair.  Murid biasanya membuat perbandingan terhadap ketinggian bekas bukannya berapa banyak muatan yang dapat diisinya. Maka untuk mengatasinya, murid-murid perlu diajar mengenai jumlah muatan atau kandungan terlebih dahulu sebelum mengajar perbandiingan.
Video ini menunjukkan bagaimana salah konsep tentang muatan atau kandungan isipadu cecair.


Tiada ulasan: